Sunday, September 18, 2011

Liputan Aqsa Syarif OZ Tour Siri 3 (Adelaide - 15-16 Ogos 2011)


Assalamualaikum,

Selepas selesai sohur di rumah Ust Azizee kami berlepas ke Airport untuk kejar flight ke Adelaide (jam 6.10 pagi). Alhamdulillah sampai jam 7 pagi dan dijemput oleh Sdr Safwan Saparuddin dan Ajil. pada sebelah tengah hari kami dibawa melawat muzium of migrants sebelum siri talk yang pertama di University of Adelaide, Student Union; bertajuk 'Palestine: Unrivalled Oppression.

Majority yang hadir adalah pelajar Malaysia dengan beberapa pelajar locals dan non-muslim. Talk siri ke dua dengan tajuk yang sama 'Palestine: The unrivalled Oppression II' telah diadakan di tempat yang sama. Seorang warga Palestin, yang memperkenalkan diri beliau Fatimah bintul Palestin (sebagai mengingatkan beliau tentang tanggungjawab beliau terhadap pembebasan tanah kelahiran beliau sendiri) mengungkapkan rasa penghargaan yang besar kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh Aqsa Syarif.

Teruskan bacaan di blog Dr. Hafidzi di Lambaian Islah.

Liputan Aqsa syarif OZ tour - Siri 2: Pengkayaan Aqsa Syarif di masjid at-Taqwa, Melbourne, Victoria - 13 Ogos 2011




Assalamualaikum, 
Pada hari kedua kami di Australia (13 Feb) di Melbourne, pada sebelah malam untuk solat isya dan tarawikh, kami di bawa oleh ust Azizee Rohim ke Masjid at-Taqwa. masjid ini juga merupakan sebahagian dari Kolej at-Taqwa yang diasaskan oleh Syeikh Umar Hallaq. Alhamdulillah penerangan yang diberi berjaya melonjakkan kutipan Palestin aqsa syarif di Melbourne, Victoria kepada AUS$6505 (> RM 19,000). Syeikh Umar Hallaq mempelawa saya untuk menyampaikan khutbah Jumaat di sini. Saya menolak dengan penuh hormat kerana sudah disusun pada hari Jumaat saya akan berada di sydney dan di sana memang dijadualkan untuk saya menyampaikan khutbah di sebuah mesjid (kemudiannya di tukar venue ke Malaysia Hall, tetapi kemudian dibatalkan - atas hikmah yang banyak insyaAllah). 

Teruskan bacaan di blog Dr. Hafidzi di Lambaian Islah.

AUD6,505 berjaya dikutip di Melbourne


Sebahagian gambar ASAT 2011 di Victoria

Di hadapan rumah Ust. Azizee ana sebelum berangkat ke Geelong, walaupun masih kepenatan, namun senyuman manis masih terukir di wajah mereka berdua. 

Sebahagian peserta wanita seusai program di masjid Geelong (bekas gereja).

Sebahagian drp ahli rombongan pengiring Dr Hafidzi ke Werribee. Bergambar bersama org kuat Wakaf Melayu Victoria di hadapan bangunan mereka yang cukup lengkap, selesa dan luas.

Ceramah Nusantara di dewan Bangunan Wakaf Melayu Victoria. Sedang berucap ialah Tn Hj Salem Salikin, pengerusi Wakaf. 

 Slot 1 ceramah Dr Hafidzi di Masjid at-Taqwa di pertengahan solat tarawih. Sungguh mengesankan! Ramai yang ter'lompat'2 nak tahu lebih banyak lagi!