Sunday, September 18, 2011

Liputan Aqsa syarif OZ tour - Siri 2: Pengkayaan Aqsa Syarif di masjid at-Taqwa, Melbourne, Victoria - 13 Ogos 2011




Assalamualaikum, 
Pada hari kedua kami di Australia (13 Feb) di Melbourne, pada sebelah malam untuk solat isya dan tarawikh, kami di bawa oleh ust Azizee Rohim ke Masjid at-Taqwa. masjid ini juga merupakan sebahagian dari Kolej at-Taqwa yang diasaskan oleh Syeikh Umar Hallaq. Alhamdulillah penerangan yang diberi berjaya melonjakkan kutipan Palestin aqsa syarif di Melbourne, Victoria kepada AUS$6505 (> RM 19,000). Syeikh Umar Hallaq mempelawa saya untuk menyampaikan khutbah Jumaat di sini. Saya menolak dengan penuh hormat kerana sudah disusun pada hari Jumaat saya akan berada di sydney dan di sana memang dijadualkan untuk saya menyampaikan khutbah di sebuah mesjid (kemudiannya di tukar venue ke Malaysia Hall, tetapi kemudian dibatalkan - atas hikmah yang banyak insyaAllah). 

Teruskan bacaan di blog Dr. Hafidzi di Lambaian Islah.

No comments:

Post a Comment